Jangan beli.

Jangan Dibeli

Dr. Anang Saifuddin, MA
Dosen UIN Antasari Bjm

Inilah daftar merk kurma import asal Israel,negara ini membunuhi kaum Muslimin :

As we prepare for Ramadhan, please take special care to avoid buying Israeli dates, which are sold under these brand names:

1.Bomaja
2.Carmel Agrexco
3.Delilah
4.Desert Diamond
5.Hadiklaim
6.Jordan Plains
7.Jordan River
8.King Solomon
9.Paradise Dates
10.Rapunzel
11.Red Sea
12.Royal Treasure
13.Shams
14.Tamara

BANTU SEBARKAN…
Syukron

Advertisements

Insaf.

‘Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.’

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU.

Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil.

‘Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?’

‘Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya’

Kenapa?

‘Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.’

Dia menangis teresak esak.

‘Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?’

‘Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu’

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..

Kenapa?

Kerana lupa diri.

Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’.

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.

Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.

Masa banyak. Duit banyak.

Jadi, hati pun kembali muda.

Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.

Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.

‘Jadi puan datang ke sini bagaimana? ‘

‘Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke’

‘Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.’

‘Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.’

‘Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri’

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur.

Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia.

Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga.

Tanpa keluarga.

Tanpa isteri… Atau lebih elok disebut bekas isteri.

Tanpa isteri muda yang sudah lari.

Tanpa anak anak yang menjauh hati.

Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri.

Hanya dia dan kami.

Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi.

Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.

.

Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.

.
Dr Nurilyani Bujang
Air mata insaf di ICU